Skip to main content

Pembangunan

Taman Eko Rimba & Hutan Taman Negeri

EKO PELANCONGAN

TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI

Pengenalan

Kawasan-kawasan hutan di Negeri Johor mempunyai kekayaan sumber khazanah alam semulajadi yang mempunyai daya tarikan dan keaslian tersendiri serta  memainkan peranan penting didalam perlindungan dan pemeliharaan. Sumber semulajadi ini merupakan salah satu aset penting dalam memajukan sektor eko pelancongan kerana masyarakat kini amat menitikberatkan keindahan spesies flora dan fauna dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Faktor ini juga turut menyumbang kepada peningkatan pembangunan terutamanya dalam sosio ekonomi negara. Kekayaan alam semula jadi yang terdapat di Negeri Johor mempunyai  keunikan tersendiri seperti air terjun, aliran air sungai, batu – batuan yang menarik serta panorama alam semulajadi yang acap kali menjadi tumpuan para pengunjung.

Penubuhan Hutan Lipur atau Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Johor juga dapat melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengekalkan keaslian alam semulajadi supaya terpelihara demi kesejehteraan kehidupan kita. Ianya juga memberi peluang kepada orang awam untuk menjelajah di kawasan hutan sambil menikmati keindahan melalui penyediaan denai-denai hutan, beridah, berekreasi, berkhemah dan mendaki gunung.

Objektif Dan Konsep Pembangunan / Aktiviti

  • Menyediakan kemudahan kepada para pengunjung untuk beriadah dan berehat di kawasan hutan yang membolehkan para pengunjung melakukan aktiviti rekreasi, berkelah serta menikmati keindahan alam semulajadi;
  • Menyediakan tempat yang bersesuaian untuk sesi pembelajaran, pendidikan dan penyelidikan mengenai alam semula jadi;
  • Menyediakan kawasan yang mempunyai persekitaran yang tenteram dan damai kepada para pengunjung;
  • Meningkatkan pembangunan dan taraf sosioekonomi penduduk tempatan dengan menjadikan kawasan ekopelancongan sebagai salah satu destinasi pilihan untuk pelancong dalam dan luar Negara; dan
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang peranan dan kepentingan perhutanan terhadap kesejahteraan hidup.

Konsep Pembangunan / Aktiviti

BIL

KONSEP PEMBANGUNAN / AKTIVITI

KAWASAN EKOPELANCONGAN

1

Pendakian dan aktiviti lasak

1.     Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang

2.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai, Kulai.

3.     Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok

4.     Taman Eko Rimba Soga Perdana, Batu Pahat

5.     Hutan Taman Negeri Gunung Arong, Mersing

2

Riadah Berkumpulan dan Perkhemahan

1.     Taman Eko Rimba Gunung Arong, Mersing

2.     Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang

3.     Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok

4.     Taman Eko Rimba Taka Melor, Labis

5.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai 2, Kulai

6.     Taman Eko Rimba Panti, Kota Tinggi

3

Pendidikan, Pembelajaran dan Penyelidikan

1.     Taman Eko Rimba Gunung Arong, Mersing

2.     Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang

3.     Taman Eko Rimba Soga Perdana, Batu pahat

4.     Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok

5.     Taman Eko Rimba Taka Melor, Labis

6.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai, Kulai.

7.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai 2, Kulai

8.     Taman Eko Rimba Panti, Kota Tinggi

9.     Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, Muar

10.   Hutan Taman Negeri Gunung Arong, Mersing

4

Perkelahan Keluarga dan Beriadah

1.     Taman Eko Rimba Gunung Arong, Mersing

2.     Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang

3.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai, Kulai

4.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai 2, Kulai

5.     Taman Eko Rimba Panti, Kota Tinggi

3.     Taman Eko Rimba Soga Perdana, Batu pahat

6.     Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok

7.     Taman Eko Rimba Taka Melor, Labis

Senarai Kawasan Eko Pelancongan

Pejabat Pentadbiran

Daerah

Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) Trek Pendakian Trek Sukan Lasak Air Terjun
Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan

JKR 35, Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 07-224 2211
Fax : 07-223 2112
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Johor Bahru

(Tiada)

Pontian

(Tiada)

Kulai

  • TER Gunung Pulai
  • TER Gunung Pulai 2
  • Gunung Pulai

(Tiada)

  • Air Terjun Gunung Pulai

Kota Tinggi

  • TER Panti
  • Gunung Panti
  • Gunung Panti Barat
  • Gunung Muntahak
  • Gunung Sumalayang
  • Batu Tenggek
  • Pelepah Kiri @ Bukit Sisek

(Tiada)

  • Air Terjun Pelepah Kiri
Air Terjun Tengkil
Pejabat Hutan Daerah Johor Timur

Pejabat Am, Aras 3,
Kompleks Pejabat - pejabat Kerajaan,
Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor

Tel : 07-7981030
Fax : 07-7995352

Mersing

  • TER Gunung Arong
  • HTN Gunung Arong
  • Gunung Arong
Gunung Janing

(Tiada)

(Tiada)

Pejabat Hutan Daerah
Johor Tengah

Pejabat Am, Bangunan Kerajaan,
Jalan Pejabat Kerajaan,
86000 Kluang, Johor

Tel : 07-7725944
Fax : 07-7720844

Kluang

  • TER Gunung Belumut
  • Gunung Belumut
  • Gunung Chemendong
  • *Gunung Lambak
Sungai Yong
  • Air Terjun Lata Tengkorak
  • Air Terjun Sungai Yong

Batu Pahat

  • TER Soga Perdana
  • Gunung Banang
  • *Bukit Soga
  • *Bukit Payung, Bukit Berdiri dan Bukit Botak

(Tiada)

(Tiada)

Pejabat Hutan Daerah Johor Utara

Pejabat Am, Jalan Awang,
85000 Segamat, Johor

Tel : 07-9312141
Fax : 07-9317518

Muar

  • HTN Ayer Hitam Utara
  • Gunung Ma’okil
  • Bukit Inas
  • *Bukit Bindu

(Tiada)

(Tiada)

Tangkak

(Tiada)

Segamat

  • TER Sungai Bantang
  • TER Taka Melor
  • Gunung Bekok
  • Salur Gajah
  • Air Terjun Sungai Bantang
  • Air Terjun Taka Melor

Aktiviti pendakian di dalam HSK perlu mendapatkan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP) dengan nisbah 1 MGP : 7 Pendaki bagi memastikan aktiviti pendakian berjalan lebih teratur dan keselamatan pendaki adalah selamat sepanjang aktiviti dijalankan. Orang awam yang berminat bagi melakukan aktiviti pendakian boleh menghubungi MGP Johor sepertimana berikut:

Senarai Malim Gunung Perhutanan Johor

Kadar FI Eko Pelancongan

  1. Permit untuk Memasuki Hutan Simpanan Kekal:

Aktiviti

Kadar Fi

unit

Bayaran (RM)

  1. Warganegara

orang / sekali masuk

10.00

  1. Bukan Warganegara

orang / sekali masuk

30.00

  1. Permit Penggunaan Menjalankan Aktiviti Dalam Kawasan Ekopelancongan

Permit Penggunaan

Kadar Fi

unit

Bayaran (RM)

  1. Penyelidikan

setiap tahun / hektar

50.00

  1. Pelajaran atau Latihan

setiap tahun / hektar

50.00

  1. Rekreasi

setiap tahun / hektar

200.00

Aktiviti-aktiviti di dalam HSK diwajibkan membuat permohonan Permit Memasuki HSK di Pejabat Hutan Daerah yang berkaitan. Kebenaran memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) tertakluk dibawah Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] dan Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor. Pelanggaran mana-mana peraturan yang telah ditetapkan dan sekiranya disabitkan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor.