Maklumat Korporat
Strategi Jabatan
Strategi Pengurusan Sumber Hutan
Memperkukuhkan kedudukan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan merumuskan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri dan Rancangan Kerja Hutan Daerah untuk jangka masa panjang serta melaksanakan tugas pengurusan sumber hutan secara teratur dan intensif.
Strategi Pengusahasilan Sumber Hutan
Strategi Pembangunan Sumber Hutan
Melaksanakan kerja-kerja pemulihan hutan asli secara teratur menerusi rawatan silvikultur ke arah mencapai produktiviti hutan yang maksimum dengan mempergiatkan usaha-usaha penghutanan semula.
Strategi Pembangunan Industri Kayu Kayan
Mengawal selia perjalanan industri-industri berasaskan kayu ke arah mempertingkatkan mutu pengeluaran dan menggalakkan pertumbuhan industri berasaskan kayu secara hiliran disamping keluaran utama bagi meningkatkan nilai tambahan kepada industri dan hasil negeri serta memberi nasihat teknikal dari masa ke semasa berdasarkan pembangunan teknologi moden dan canggih.
Strategi Pemulihan Dan Rekreasi
Mengawal selia kawasan hutan secara intensif bagi menjamin kestabilan alam sekitar dan mengekalkan kepelbagaian hayat di dalam hutan simpanan kekal serta mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan rekreasi tanpa menjejaskan keasliannya.
Strategi Pembangunan Dan Latihan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan kepada semua lapisan masyarakat tentang peranan dan perkhidmatan Jabatan Perhutanan. Memberi segala bentuk nasihat teknikal berhubung dengan hutan dan fungsinya serta berkenaan dengan pokok dan peranannya. Meningkatkan kecekapan kakitangan menerusi program latihan, kursus dan seminar untuk memberi pendedahan asas profesionalisme perhutanan di kalangan pegawai-pegawai hutan selari dengan peredaran masa.