Opetasi Hutan
Perlesenan Hasil Hutan
Perlesenan (Lesen Hasil)
1. Seksyen 16 Akta Perhutanan Negara 1984 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk membenarkan pengambilan hasil hutan dari Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan dengan cara lesen atau lesen kecil melalui 3 cara:- selepas ia menyebabkan supaya dipelawa tender-tender mengenainya;
- selepas ia membuat suatu perjanjian mengenainya; atau
- mengikut apa-apa cara lain atau melalui apa-apa proses lain sebagaimana difikirkannya patut dalam hal-keadaan sesuatu kes tertentu.
2. Di semua negeri yang mengeluarkan hasil hutan, salah satu atau ketiga-tiga cara-cara ini iaitu melalui proses tender, melalui perjanjian konsesi atau melalui permohonan digunakan.
3. Mengikut seksyen 2 Akta Perhutanan Negara 1984 mengenai tafsiran:
- “hasil hutan”termasuklah :
- yang berikut apabila dijumpai di dalam atau di bawa keluar dari Hutan Simpanan Kekal : guano, gambut, batubatan, pasir laut, pasir sungai, kerang laut,pasir kerang dan tanah pemukaan;
- yang berikut apabila dijumpai didalam atau dibawa keluar dari Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan:
- pokok-pokok dan semua bahagian atau hasil pokok yang tidak disebut selepas daripada ini;
- tumbuhan-tumbuhan termasuk pepanjat, tumbuhan menjalar dan rumput, dan semua bahagian atau hasil tumbuhan-tumbuhan sedemikian;
- sutera, kokun, madu dan lilin dan sarang burung boleh makan;
- yang berikut sama ada dijumpai didalam atau dibawa dari Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan, tanah lombong, tanah rizab atau tanah berimilik : kayu, kayu api, arang, getah, getah daun taban, minyak kayu, kulit kayu, ekstrak kulit, damar dan atap.
- “hasil hutan utama” adalah terdiri dari kayu bulat, kayu jaras, kayu api,arang, dan semua jenis rotan.
- “hasil kecil hutan” hendaklah terdiri daripada hasil-hasil hutan lain yang tidak termasuk sebagai hasil hutan utama.
- Lesen diperlukan bagi mengeluarkan hasil hutan dari Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan.
- Lesen kecil diperlukan bagi mengeluarkan apa-apa hasil hutan utama yang tidak melebihi 70 meter padu atau mana-mana hasil kecil hutan dari mana-mana Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan.
- Menentukan pengeluaran hasil hutan dari kawasan Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan dilaksanakan dengan teratur mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
- Menentukan bagi kawasan Hutan Simpanan Kekal, pengeluaran hasil-hasil hutan adalah mengikut prinsip-prinsip “Pengurusan Hutan Secara Berkekalan” dengan kerosakan yang minima kepada alam sekitar.
- Menentukan pengeluaran hasil hutan dapat memberi hasil yang optima kepada Kerajaan Negeri.
- Permohonan untuk mendapatkan lesen untuk mengeluarkan hasil hutan dibuka kepada semua bagi setengah-setengah negeri. Bagi negeri-negeri lain dibuka hanya kepada pembalak yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri.
- Bagi lesen yang dikeluarkan melalui tender, tender dibuka kepada pembalak-pembalak yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri. Dalam keadaan tertentu, tender boleh dibuka khas untuk golongan-golongan tertentu seperti pemilik-pemilik kilang memproses hasil hutan atau golongan Bumiputera.
- Bagi kawasan konsesi, pelesenan hanya dipertimbangkan kepada pemilik konsesi mengikut jadual yang ditetapkan dalam perjanjian.
Carta Aliran Bagi Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Proses Tender
Carta Aliran Bagi Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Pemberian Konsesi
Carta Aliran Bagi Kelulusan Mengambil Hasil Hutan Melalui Permohonan