Skip to main content

Berita & Aktiviti

33 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENJADI KEUTAMAAN SULTAN IBRAHIM

#InstitusiDiRajaJohor | 33 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENJADI KEUTAMAAN SULTAN IBRAHIM

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah pelantikan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bukanlah satu kenaikan pangkat tetapi tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga sebagai Ketua Negara.

Tuanku Sultan Ibrahim, bertitah keutamaan Baginda bukan untuk menjaga kepentingan politik 222 wakil rakyat, tetapi 33 juta rakyat Malaysia, dan perkara itu akan menjadi kepentingan Baginda.

“Saya merasakan negara pada hari ini telah dijangkiti satu virus yang pernah saya sebutkan dahulu semasa di Pasir Gudang iaitu virus perpecahan.

“Virus ini berpunca daripada pemimpin politik yang sanggup berbalah, caci-mencaci, menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kedudukan demi kepentingan diri sendiri,” titah DYMM Sultan Johor.

Titah Ucapan DYMM Sultan Johor Di Dalam Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru.
Justeru, Baginda bertitah menyeru semua pemimpin bertolak ansur dan hormat menghormati di antara satu sama lain untuk meningkatkan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyat.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor