Pembangunan

Taman Eko Rimba & Hutan Taman Negeri

  • Utama
  • Perhutanan
  • PEMBANGUNAN
  • - Taman Eko Rimba & Hutan Taman Negeri

EKO PELANCONGAN

TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI

Pengenalan

Kawasan-kawasan hutan di Negeri Johor mempunyai kekayaan sumber khazanah alam semulajadi yang mempunyai daya tarikan dan keaslian tersendiri serta  memainkan peranan penting didalam perlindungan dan pemeliharaan. Sumber semulajadi ini merupakan salah satu aset penting dalam memajukan sektor eko pelancongan kerana masyarakat kini amat menitikberatkan keindahan spesies flora dan fauna dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Faktor ini juga turut menyumbang kepada peningkatan pembangunan terutamanya dalam sosio ekonomi negara. Kekayaan alam semula jadi yang terdapat di Negeri Johor mempunyai  keunikan tersendiri seperti air terjun, aliran air sungai, batu – batuan yang menarik serta panorama alam semulajadi yang acap kali menjadi tumpuan para pengunjung.

Penubuhan Hutan Lipur / Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Johor juga dapat melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengekalkan keaslian alam semulajadi supaya terpelihara demi kesejehteraan kehidupan kita. Ianya juga memberi peluang kepada orang awam untuk menjelajah di kawasan hutan sambil menikmati keindahan melalui penyediaan denai-denai hutan, beridah, berekreasi, berkhemah dan mendaki gunung.

Taman Eko Rimba

Bil

Taman Eko Rimba (TER)

Daerah Pentadbiran

1

TER Gunung Arong

Pejabat Hutan Daerah Johor Timur Mersing

2

TER Gunung Belumut

Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah, Kluang

3

TER Soga Perdana

Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah, Kluang

4

TER Sungai Bantang

Pejabat Hutan Daerah Johor Utara, Segamat

5

TER Takah Merloh

Pejabat Hutan Daerah Johor Utara, Segamat

6

TER Gunung Pulai 1

Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan, Johor Bahru

7

TEr Gunung Pulai 2

Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan, Johor Bahru

8

TER Panti

Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan, Johor Bahru

 

Hutan Taman Negeri

Bil

Hutan Taman Negeri (HTN)

Daerah Pentadbiran

1

HTN Ayer Hitam Utara, Muar

Pejabat Hutan Daerah Johor Utara, Segamat

2

HTN Gunung Arong, Mersing

Pejabat Hutan Daerah Johor Timur, Mersing

 

Objektif

  • Menyediakan kemudahan kepada para pengunjung untuk beriadah dan berehat di kawasan hutan yang membolehkan para pengunjung melakukan aktiviti rekreasi, berkelah serta menikmati keindahan alam semulajadi;
  • Menyediakan tempat yang bersesuaian untuk sesi pembelajaran, pendidikan dan penyelidikan mengenai alam semula jadi;
  • Menyediakan kawasan yang mempunyai persekitaran yang tenteram dan damai kepada para pengunjung;
  • Meningkatkan pembangunan dan taraf sosioekonomi penduduk tempatan dengan menjadikan kawasan ekopelancongan sebagai salah satu destinasi pilihan untuk pelancong dalam dan luar Negara; dan
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang peranan dan kepentingan perhutanan terhadap kesejahteraan hidup.

Konsep

Bil

Konsep Pembangunan

Kawasan Ekopelancongan

1

Pendakian dan aktiviti lasak

1.     Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang

2.     Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok

3.     Taman Eko Rimba Soga Perdana, Batu Pahat

4.     Hutan Taman Negeri Gunung Arong, Mersing

2

Riadah Berkumpulan/Perkhemahan

1.     Taman Eko Rimba Arong, Mersing

2.     Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang

3.     Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok

4.     Taman Eko Rimba Takah Merloh, Labis

5.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai 2, Kulai

6.     Taman Eko Rimba Panti, Kota Tinggi

3

Pendidikan, Pembelajaran dan Penyelidikan

1.     Taman Eko Rimba Gunung Arong, Mersing

2.     Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang

3.     Taman Eko Rimba Soga Perdana, Batu pahat

4.     Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok

5.     Taman Eko Rimba Takah Merloh, Labis

6.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1, Kulai.

7.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai 2, Kulai

8.     Taman Eko Rimba Panti, Kota Tinggi

9.     Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, Muar

10.   Hutan Taman Negeri Gunung Arong, Mersing

4

Perkelahan Keluarga dan Beriadah

1.     Taman Eko Rimba Gunung Arong, Mersing

2.     Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang

3.     Taman Eko Rimba Soga Perdana, Batu pahat

4.     Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok

5.     Taman Eko Rimba Takah Merloh, Labis

6.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1, Kulai.

7.     Taman Eko Rimba Gunung Pulai 2, Kulai

8.     Taman Eko Rimba Panti, Kota Tinggi

Adventure Tourism

Jabatan Perhutanan Negeri Johor akan memberi fokus memperkasakan sektor ekopelancongan bagi membantu kerajaan negeri menjana pendapatan alternatif daripada sumber hutan. Aktiviti pendakian gunung yang menjadi semakin popular dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggiat pelancongan kembaraan pelancongan kerana keunikan landskap serta daya tarikan semula jadi hutan.

Bil

Daerah

Gunung/Bukit dan Kawasan Ekopelancongan Lain

1

Johor Bahru

(Tiada)

2

Pontian

(Tiada)

3

Kulai

1.     Gunung Pulai

4

Kota Tinggi

1.     Gunung Panti

2.     Gunung Panti Barat

3.     Gunung Muntahak

4.     Gunung Sumalayang

5.     Batu Tenggek

6.     Air Terjun Pelepah Kiri

5

Mersing

1.     Gunung Arong

2.     Sungai Lemakoh

6

Kluang

1.     Gunung Belumut

2.     Gunung Chemedong

3.     Gunung Lambak

4.     Sungai Yong

7

Batu Pahat

1.     Bukit Soga

2.     Bukit Banang

3.     Bukit Payong-Bukit Botak-Bukit Berdiri

8

Muar

1.     Bukit Maokil

2.     Bukit Inas

3.     Bukit Bindu

9

Tangkak

1.     Gunung Ledang (JPNJ dan PTNJ)

10

Segamat

1.     Gunung Bekok

2.     Gunung Besar

3.     Gunung Petawai

4.     Gunung Tiong

5.     Gunung Janing

6.     Gunung Janing Barat

7.     Gunung Beremban

 

 1) Kadar Fi Menjalankan Aktiviti Dalam Kawasan Ekopelancongan

Aktiviti

Kadar Fi

Permit untuk Memasuki Hutan Simpanan Kekal:

(a) Warganegara

orang/sekali masuk

RM10.00

(b) Bukan Warganegara

orang/sekali masuk

RM30.00

 

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Johor akan menguatkuasakan pelaksanaan pindaan kadar mulai 1 Januari 2021 melibatkan JADUAL KEEMPAT (FEE PELBAGAI) KAEDAH-KAEDAH HUTAN 1987 NEGERI JOHOR.

Pelaksanaan pindaan kadar ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran dan Pembangunan Ekonomi bertarikh 16.12.2020 Kertas J/HB(H)12/B/2020 dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

 

 2) Permit Penggunaan Menjalankan Aktiviti Dalam Kawasan Eko Pelancongan

Permit Penggunaan

Unit

Kadar Fi

(a) Penyelidikan

Setiap tahun/hektar

RM50.00

(b) Pelajaran atau Latihan

Setiap tahun/hektar

RM50.00

(c) Rekreasi

Setiap tahun/hektar

RM200.00


Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 18/06/2023 | Jumlah Pelawat : 39791
  • Hari Ini 12
  • Semalam 189
  • Minggu Ini 12
  • Bulan Ini 201
  • Jumlah Pelawat 160083