PENGAUDITAN PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN (HUTAN ASLI)
Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah memperolehi Sijil Pengurusan Hutan (Hutan Asli) pada tahun 2013 dan sijil tersebut telah ditarik pada tahun 2016.
Bermula tahun 2019, JPNJ telah melaksanakan pengauditan Stage 1 dan pada bulan Februari 2020, Pengauditan Stage 2, Sijil Pengurusan Hutan (Hutan Asli) telah dilaksanakan bagi mendapatkan kembali Sijil MC&I.
Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah memperbaharui Sijil Pengurusan Hutan Malaysia Criteria and Indicator For Sustainable Forest Management (MC&I SFM) berkuatkuasa mulai 3 Julai 2025 sehingga 2 Julai 2030.
Seterusnya, standard MC&I telah disemak semula dan digantikan dengan Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I) untuk Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) atau singkatannya MC&I SFM.
MC&I SFM adalah standard kebangsaan pensijilan pengurusan hutan yang menetapkan keperluan-keperluan untuk pensijilan sistem pengurusan hutan secara berkekalan bagi unit pengurusan hutan (FMU) yang ditentukan, sama ada hutan asli atau ladang hutan.
Jabatan Perhutanan Negeri Johor juga telah berjaya menggantikan sijil MC&I (Hutan Asli) kepada sijil MC&I (SFM) melalui pengauditan yang telah dijalankan.