Operasi Hutan
Penguatkuasaan
Kesalahan Hutan
Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993)
- Seksyen 15 - Larangan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan melainkan jika dilesen.
- Seksyen 40 - Lesen pemindah adalah dikehendaki bagi memindahkan hasil hutan dari daripada Tanah Berimilik, Tanah di Bawah Lesen Penduduk Sementara, Tanah Lombong dan Tanah Rizab.
- Seksyen 86 - Penalti kerana melancung, atau mencacat, atau memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan.
Termasuk kesalahan seperti pekerjaan yang menyalahi undang-undang atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal; Memindahkan hasil hutan tidak pada tempat dan waktu yang ditetapkan; Mengambil atau mengutip sebarang hasil hutan termasuk rotan, buah-buahan, tumbuhan herba, mineral; dan membuang atau melupuskan sebarang bahan buangan; Larangan membakar dan menghalang pegawai dari menjalankan tugas atau enggan memberi kerjasama.
Seperti dalam Seksyen 32, 66, 67, 68, 69, 81(1)(b), 81(1)(c), 82(1), 84, 85, 87, 92, 96, 97, 98 & 100
Kesalahan termasuk memasuki Hutan Simpanan Kekal; penggunaan jalan hutan, melepaskan ternakan; membenarkan ternakan meragut. Mencari, mengambil atau memindah apa-apa hasil hutan atau mineral; membersih atau membajak tanah dengan tujuan pertanian atau maksud lain; Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan bagi maksud menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak.
Seperti dalam Seksyen 47, 50(4), 81(1)(a), 81(1)(d), 81(1)(e), 81(1)(f), 81(1)(g) & 83
Seksyen Kesalahan Hutan
Seksyen | Keterangan Seksyen | Denda |
---|---|---|
15 | Larangan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan melainkan jika dilesen, dsb. | Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. |
25 | Pengarah boleh memerintahkan pemegang lesen supaya memberhentikan kerja jika terdapat pelanggaran Akta atau lesen. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun, dan jika kesalahan itu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya yang tidak melebihi daripada RM 1,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada hari yang kesalahan itu berterusan. |
32 | Pendudukan, atau penjalanan aktiviti di atas, hutan simpanan kekal dilarang. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
40 | Lesen pemindah adalah dikehendaki bagi memindahkan hasil hutan dari tanah tertentu:
|
Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. |
47 | Tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan tertutup tetapi ada kecualian tertentu. | Tidak melebihi RM 10,000. |
50 | Penggunaan jalan hutan tanpa permit jalan dilarang. | Tidak melebihi RM 10,000 |
66 | Tempat pengukuran hasil hutan yang dipindahkan dari kawasan lesen. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
67 | Tempat pengukuran hasil hutan yang dipindahkan dari tanah beri milik dan tanah lombong. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
68 | Memiliki, menjaga / mengawal apa-apa hasil hutan tanpa pas pemindah. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun. |
69 | Operator loji penukaran dikehendaki mempunyai pas pemindah dan rekod pengukuran. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
Tidak dapat atau enggan menyerahkan pas pemindah dan rekod ukuran untuk pemeriksaan. | Tidak melebihi RM 10,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun. | |
81 | ||
|
Tidak melebihi RM 10,000. | |
|
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. | |
|
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. | |
|
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. | |
|
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. | |
|
Tidak melebihi RM 10,000 atau penJara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. | |
|
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. | |
82 | Larangan ke atas pembakaran. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
83 | Pembuangan sampah-sarap secara mengganggu | Tidak melebihi RM 10,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun. |
84 | Memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
85 | Pas pemindah dikehendaki bagi pemindahan hasil hutan di antara Negeri. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
86 | Penalti kerana melancung, atau mencacat, atau memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan. | Tidak lebih RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. Tidak boleh di kompaun. |
87 | Penalti am - melanggar mana-mana kaedah hutan di bawah akta ini. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
92(3) | Kuasa untuk memberhenti dan menggeledah pengangkut. Enggan memberi kerjasama rujuk Seksyen 92 (2) |
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
93(2) | Kewajipan pegawai yang menyita. Mengusik, memindah, merosak atau memusnahkan barang-barang yang disita. |
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
96(2) | Pegawai hutan boleh memasuki dan memeriksa loji penukaran, dsb. Menghalang pegawai hutan untuk memasuki atau memeriksa loji penukaran atau premis. |
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
97(2) | Pengarah boleh melarang pengambilan hasil hutan atas sebab tertentu. Tidak mematuhi Seksyen 97 (1) larangan dan sekatan pengambilan hasil hutan atas sebab silvikultur dan lain-lain. |
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
98(2) | Pengarah boleh menutup saluran air atau jalan hutan. Tidak mematuhi Seksyen 98 (1)larangan menggunakan saluran air dan jalan hutan dalam HSK. |
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |
100 | Memberi maklumat kepada pegawai hutan. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak lebih 5 tahun. |
107 | Penyalahgunaan kuasa. | Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun. |