Skip to main content

Eko Pelancongan

Suaka Burung Panti

Hutan Lipur Panti terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Beberapa kemudahan asas seperti pondok rehat, gerai makanan, taman permainan kanak-kanak dan denai hutan disediakan. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

Untuk sampai ke sini:

Terletak 8 km dari bandar Kota Tinggi melalui jalan Kota Tinggi- Mersing, 49 km dari bandar Johor Bahru. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari bandar Kota Tinggi.

Aktiviti/Kemudahan:

  • Bersiar
  • Berkhemah
  • Treking
  • Padang permainan
  • Kajian/Pendidikan
  • Melihat hidupan liar
  • Berkelah

Lokasi:

Kota Tinggi, Johor

Pegawai Hutan Daerah:

Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan, Aras 9, Bangunan Sultan Ibrahim, Jln. Bukit Timbalan, 80000 Johor Bahru. Tel. : 07-2243048

Barn Swallow

Barn Swallow