MC & I (Persijilan)

HUTAN SIMPANAN HUTAN DARA (VJR)

HUTAN SIMPANAN HUTAN DARA (VIRGIN JUNGLE RESERVE – VJR)


  • Hutan Simpanan Hutan Dara (Virgin Jungle Reserve (VJR) mula ditubuhkan sejak tahun 1950. VJR merupakan kawasan-kawasan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang tidak diganggu dan padat dengan tumbuh-tumbuhan terutamanya hutan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dan disimpan khas untuk tujuan penyelidikan. 
  • Tujuan utama penubuhan VJR ialah untuk menggambarkan jenis-jenis hutan yang terdapast di Semenanjung Malaysia, khususnya yang mempunyai ciri-ciri istimewa bagi tujuan saintifik agar ianya dapat dipelihara dan diurus secara berkekalan. 
  • VJR juga berperanan dan berfungsi untuk tujuan seperti berikut:
    • Sebagai arboretum untuk memelihara contoh-contoh semua jenis hutan yang diwakili termasuk flora dan fauna yang terkandung di dalamnya;
    • Sebagai rangkaian kawasan penyelidikan perhutanan dan kawasan dirian biji benih;
    • Sebagai kawasan kawalan semula jadi untuk membandingkan isi hutan dengan kawasan yang telah dibalak dan keberkesanan kawasan yang telah dijalankan rawatan silvikultur;
    • Sebagai satu rangkaian petak sampel dan petak kajian seperti petak penyelidikan, petak fenologi, petak pokok besar dan petak ekologi, penyelidikan biologi hidupan liar, patologi tumbuhan, entomologi dan sebagainya; dan 
    • Sebagai kawasan pemeliharaan sumber genetic dan kepelbagaian biologi termasuk semua spesies tumbuh-tumbuhan, hidupan liar dan mikro organisma yang tinggal di dalamnya.

 

HUTAN SIMPANAN HUTAN DARA (VJR) NEGERI JOHOR

HUTAN SIMPANAN HUTAN DARA (VJR) NEGERI JOHOR
BIL.
LOKASI
LUAS (HA)
TAHUN PENUBUHAN
JENIS HUTAN
CATATAN
(Keunikan Spesies/Kawasan)
SPESIES
NO. VJR
NAMA HSK
NO. KOMPT.
DAERAH
1 J1 Ma'okil 151 & 152 Johor Utara 184.00 1994 dipt. bukit tinggi Meranti tembaga, Meranti sarang punai, Meranti melantai, Meranti seraya, Merawan, Keruing & Balau Kumus Hitam.
2 J2 Gunung Ledang 61,62,64,65,67,68,69 & 77 Johor Utara 951.00 1996 dipt. bukit tinggi Meranti seraya, Keruing, Mersawa, Meranti tembaga, Merawan & Meranti sarang punai.
3 J3 Air Hitam 3,4,5,&6 Johor Utara 575.00 2000 paya gambut Meranti paya & Kempas
4 J4 Kluang 124 Johor Tengah 95.00 1954 dipt.pamah Kapur, Meranti seraya, Meranti kepong, Meranti tembaga, Meranti sarang punai, Meranti nemesu, Merawan, Keruing & Balau tembaga.
5 J5 Renggam 8 Johor Tengah 88.00 1959 dipt.pamah Keruing, Meranti rambai daun, Meranti melantai, Meranti seraya & Merawan.
6 J6 Labis 841 Johor Tengah 103.00 1959 dipt.pamah Meranti seraya, Meranti sarang punai, Meranti rambai daun, Giam & Keruing
7 J7 Lenggor 231 Johor Tengah 89.00 1960 dipt. pamah/bukit Balau, Keruing, Kempas, Damar hitam, Nyatoh, Meranti tembaga, Meranti sarang punai, Meranti tembaga, Meranti kepong & Keladan.
8 J8 Panti 74 Johor Selatan 802.00 1960 dipt.pamah Meranti tembaga, Meranti nemesu, Meranti pa'ang, Keruing, Kapur, Meranti seraya, Chengal, Merpauh, Resak & Bintangor
9 J9 Panti 16 Johor Selatan 145.00 1996 dipt.pamah Meranti pa'ang, Meranti tembaga, Meranti sarang punai, Balau & Bintangor
10 J10 Ulu Sedili 35 Johor Selatan 148.00 1964 dipt.pamah Balau, Chengal, Meranti nemesu, Meranti tembaga, Meranti pa'ang, Keladan, Kempas & Keruing.
11 J11 Ulu Sedili 51 Johor Selatan 142.00 1976 dipt.pamah Meranti Johor Meranti sengkawang ayer, Meranti tembaga, Meranti seraya, Meranti johor, Keruing, Damar hitam & Chengal
12 J12 Bukit Hantu 16 Johor Selatan 60.41 2001 dipt.pamah Meranti sarang punai, Meranti sengkawang merah, Meranti nemesu, Keruing, Nyatoh & Merawan.
13 J13 Gunung Arong 9 Johor Timur 57.00 1951 dipt.pamah Kapur, Keruing, Meranti rambai daun, Meranti sarang punai, Damar hitam & Meranti seraya
14 J14 Labis 456 Johor Timur 40.47 2005 dipt.pamah Keruing, Meranti sarang punai, Meranti rambai daun, Keruing & Meranti seraya.
15 J15 Kuala Sedili 1-15 (Keseluruhan) Johor Selatan 433.02 2014 dipt.pamah Bakau Kurap dan Bakau Minyak
Jumlah 3,912.90

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 18/06/2023 | Jumlah Pelawat : 39789
  • Hari Ini 10
  • Semalam 189
  • Minggu Ini 10
  • Bulan Ini 199
  • Jumlah Pelawat 160081