Ramsar

  • Utama
  • Perhutanan
  • PEMBANGUNAN
  • - Ramsar

TAPAK RAMSAR

1. Pengenalan

Malaysia menjadi negara ahli bagi RAMSAR pada tahun 1994 dengan mengisytiharkan Tasik Bera sebagai tapak RAMSAR pertama di Malaysia. Sehingga kini, Malaysia telah mempunyai tujuh (7) Tapak RAMSAR di seluruh negara dengan jumlah keluasan sebanyak 134,182.20 hektar.

NAMA TAPAK

NOMBOR TAPAK

NEGERI

KELUASAN (HA)

TARIKH PENUBUHAN

Tasik Bera

712

Pahang

38,446

10/11/1994

Taman Negara Pulau Kukup

1287

Johor

647

31/01/2003

Hutan Simpan Sungai Pulai

1288

Johor

9,126

31/01/2003

Taman Negara Tanjung Piai

1289

Johor

526

31/01/2003

Taman Negara Tanah Lembap Kuching

1568

Sarawak

6,610

08/11/2005

Lower Kinabatangan - Segama Wetlands

1849

Sabah

78,803

08/09/2008

Kota Kinabalu Wetlands

2290

Sabah

24.2

22/10/2016

Jumlah

   

134,182.20

 

Di Semenanjung Malaysia, terdapat empat (4) tapak yang telah diisytiharkan sebagai Wetland of International Importance (RAMSAR Site) yang meliputi keluasan 48,745 hektar seperti jadual di bawah:

TEMPAT

TASEK BERA

TAMAN NEGARA PULAU KUKUP

HUTAN SIMPAN SUNGAI PULAI

TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI

JUMLAH KESELURUHAN (HA)

KELUASAN (HA)

38,446

647

9126

526

48,745

Tiga (3) daripadanya terletak di Selatan Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Johor manakala sebuah lagi iaitu Tasek Bera adalah terletak di Negeri Pahang. Senarai tapak RAMSAR di Negeri Johor adalah sepertimana berikut:

  • (i) Taman Negara Pulau Kukup
  • (ii) Taman Negara Tanjung Piai
  • (iii) Hutan Simpan Sungai Pulai

 2. URUS TADBIR TAPAK RAMSAR

  • Taman Negara Pulau Kukup dan Taman Negara Tanjung Piai adalah berada di bawah pengurusan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) manakala Hutan Simpan Sungai Pulai diuruskan oleh Jabatan Pehutanan Negeri Johor.
  • Taman Negara Pulau Kukup dan Taman Negara Tanjung Piai merupakan kawasan yang dilindungi sepenuhnya dan hanya menjalankan aktiviti eko-pelancongan, pendidikan dan penyelidikan berkaitan paya bakau. Tiada aktiviti pengusahasilan dilakukan di kawasan ini.
  • Hutan Simpan Sungai Pulai adalah merupakan kawasan ekosistem hutan bakau 'riverine' terbesar di negeri Johor dan diuruskan sebagai kawasan hutan pengeluaran untuk penghasilan arang dan kayu jaras di bawah sistem Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (SFM).

 

3. TAPAK RAMSAR SUNGAI PULAI

  • Hutan Simpan Sungai Pulai (HS Sungai Pulai) adalah merupakan hutan paya bakau terbesar di Negeri Johor. Terletak di muara Sungai Pulai dan berada dalam dua daerah iaitu daerah Pontian di sebelah barat dan daerah Johor Bahru di sebelah timur.
  • Merupakan Hutan Simpanan Kekal dan terletak di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Kawasan ini diuruskan mengikut sistem Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB).
  • Kawasan ini telah digazetkan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada 24 Oktober 1923 dan dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran di mana aktiviti pembalakan telah dilakukan sejak tahun 1928.
  • Kawasan ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor sebagai tapak RAMSAR pada 21 April 2004 dengan keluasan 9,126 hektar yang mana melibatkan keseluruhan HS Sungai Pulai (8,353 ha) dan sebahagian Tanah Kerajaan (773 hektar).

 

4. PEMILIHAN HUTAN SIMPAN SUNGAI PULAI SEBAGAI TAPAK RAMSAR

Terdapat sembilan (9) kriteria yang dijadikan panduan untuk pemilihan sesuatu kawasan sebagai Tapak RAMSAR dan Hutan Simpan Sungai Pulai telah dipilih sebagai tapak RAMSAR kerana telah memenuhi lima (5) daripada sembilan (9)  kriteria tersebut iaitu :

  1. Wetlands of international importance due to representative, rare, or unique examples of a near-natural wetland type found within the approriate biogeographic region.

- Sungai Pulai merupakan blok kawasan hutan paya bkau yang terbesar di Negeri Johor dan hutan bakau 'riverine' yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Merupakan contoh terbaik untuk lembangan sungai yang bertanah rendah tropika di Malaysia disebabkan rumput laut, dataran lumpur dan sungai air tawar. Pengurusan hutan sebagai hutan pengeluaran juga diuruskan secara lestari mengikut pusingan pembalakan 20 tahun. 

  1. Wetlands of international importance supporting vulnerable, endangered, or critical endangered species or threatened ecological communities.

- Sungai Pulai kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna termasuk spesies-spesies terancam masih boleh dijumpai di kawasan ini. Contohnya seperti spesies tenggiling yang terancam iaitu Manis javanica, burung yang hampir terancam iaitu Mangrove Pitta, Mangrove Blue Flycatcher dan Mangrove Whistler.

  1. Wetlands of international importance supports populations of plant and/or animal species important for maintaining the biological diversity of a particular biogeographic region.

- Hutan Paya Bakau Sungai Pulai merupakan habitat bagi 24 bakau asli dan 21 spesies bakau berkaitan yang mewakili 84% spesies bakau di Malaysia. Selain itu ia menjadi habitat kepada tujuh (7) spesies amfibia, 12 spesies reptilia, 55 spesies burung, 26 spesies mamalia dan 111 spesies ikan. 

  1. Wetlands of international importance that supports a significant proportion of indigenous fish subspecies, species of families, life-history stages, species interactions and/or populations that are representative of wetland benefits and/or values and thereby contributes to global biological diversity.

- Sungai Pulai dan dataran lumpur dalam linkungannya adalah habitat kepada111 spesies ikan, 22 spesies kerang, tiga (3) spesies ketam dan  15 spesies udang. Semua spesies ini bergantung kepada ekosistem Sungai Pulai yang kompleks dan menjadikannya sebagai sistem sokongan dalam kitaran hidup mereka.

  1. Wetlands of international importance due to its role of as a source of food for fishes, spawning ground, nursery and/or migration path on which fish stocks, either within the wetland or elsewhere, depend.

-Hutan Paya Bakau Sungai Pulai merupakan kawasan berkepentingan untuk ikan dan udang mencari makan, tempat tinggal, kawasan pembiakan dan laluan migrasi bagi sesetengah spesies.

 

5. AKTIVITI – AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DALAM KAWASAN RAMSAR SUNGAI PULAI

2. Penyelidikan dan Pemuliharaan

- Program pemuliharaan kuda laut di sekitar Sungai Pulai oleh Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama J-Biotech, Jabatan Perikanan Johor dan Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau sejak tahun 2008.

- Pada 5 November 2015 sebuah pusat santuari dan pembiakan untuk kuda laut telah ditubuhkan dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan untuk merasmikan tempat tersebut serta melepaskan 200 ekor kuda laut di sekitar Sungai Pulai.

- Selain itu, terdapat juga penglibatan pelbagai organisasi badan bukan kerajaan, Persatuan Pencinta Alam Sekitar (MNS) dan Iskandar Malaysia dalam melaksanakan penyelidikan terhadap flora dan fauna, ekosistem paya laut serta kajian sosial melibatkan komuniti setempat di sekitar Sungai Pulai.

Duli Yang Maha Mulia Sultan bni Almarhum Sultan Iskandar melepaskan 200 ekor kuda laut di sekitar Sungai Pulai.

2. Kempen Kesedaran dan Pendidikan

 - Program Komunikasi, Pendidikan, Penyertaan dan Kesedaran (Communication, Education and Public Awareness-CEPA) adalah merupakan komponen utama dalam program kesedaran dan pendidikan terhadap masyarakat tentang kepentingan habitat paya bakau.

- Antara program-program yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri adalah program penanaman pokok bakau dan Lets Green Go Green.


Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 27/07/2021 | Jumlah Pelawat : 38677
  • Hari Ini 19
  • Semalam 21
  • Minggu Ini 483
  • Bulan Ini 19
  • Jumlah Pelawat 48873