Maklumat Korporat

Perlembagaan Negara, Dasar Kerajaan Dan Undang-Undang

  • Utama
  • Korporat
  • Peruntukan Perlembagaan

Artikel 74(2) – Perlembagaan Persekutuan

  • Soal tanah termasuk perhutanan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri;
  • Setiap Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak dalam membentuk atau menerima undang-undang dan peraturan hutan;
  • Kerajaan Persekutuan pula menyumbang dari segi  memberi nasihat dan bantuan teknikal tentang pengurusan dan pembangunan hutan, menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan serta menggalakkan pertumbuhan industri berasas kayu dan perdagangan.

Majlis Perhutanan Negara (MPN)

  • Ditubuhkan  pada tahun 1971 oleh Majlis Tanah Negara (MTN).
  • Berfungsi sebagai forum bagi memudahkan penerimapakai, mengkoordinasi amalan  pengurusan dan penggunaan hutan secara terancang, rasional dan efektif, sejajar dengan keperluan untuk mengekalkan hutan sebagai sumber asli yang boleh diperbaharui dalam jangkamasa panjang.

Dasar Perhutanan Negara (DPN)

  • Digubal dan diterima oleh MPN pada  1977, diluluskan oleh MTN pada April  1978;
  • Objektif utama DPN adalah untuk memelihara dan menguruskan hutan negara berdasarkan prinsip-prinsip  pengurusan secara berkekalan di samping melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik dan meningkatkan penyelidikan  dan pendidikan.
  • DPN 1978 kemudiannya dipinda pada tahun 1992 bagi  menangani isu-isu yang dibangkit oleh masyarakat  tempatan dan global tentang kepentingan pemuliharaan kepelbagaian biologi, penggunaan sumber genetik yang mampan dan peranan yang dimainkan oleh masyarakat tempatan dalam pembangunan perhutanan.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 10/04/2021 | Jumlah Pelawat : 39980
  • Hari Ini 67
  • Semalam 52
  • Minggu Ini 119
  • Bulan Ini 1271
  • Jumlah Pelawat 42393