Maklumat Korporat

Latar Belakang Jabatan

  • Utama
  • Korporat
  • Latar Belakang Jabatan

Pengenalan

Negeri Johor Darul Ta'zim terletak di selatan Semenanjung Malaysia dengan jumlah keluasan tanah 18,986 kilometer persegi atau 1,898,629 hektar. Ianya juga merupakan pintu masuk pelancong ke negara ini dari selatan dan juga merupakan antara negeri paling pesat pembangunan ekonominya di negara ini.

Hutan di Negeri Johor Darul Ta'zim adalah sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika Malaysia yang merupakan salah satu daripada ekosistem yang kaya dan kompleks di dunia. Ianya kaya dengan flora dan fauna yang unik dan amat mengkagumkan.

Hutan mempunyai kedudukan yang penting di dalam perkembangan tamadun manusia. Ia mempunyai kepentingan kewangan yang diperolehi melalui pengusahasilan pelbagai jenis keluaran hutan. Selain dari itu, hutan juga mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam melindungi kualiti alam sekitar. Keindahan hutan dengan berbagai tumbuhan dan hidupan serta udara yang nyaman, segar dan tenang merupakan tempat yang sesuai untuk beristirehat dan berekreasi.

Logo Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Jabatan Perhutanan Negeri Johor bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan pembangunan sumber negeri serta merancang dan menyelaraskan pembangunan industri berasaskan kayu.

Fungsi Jabatan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab terhadap pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara dan Akta Perhutanan Negara.

Wawasan

Untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan

Misi

Mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara

Objektif

Objektif Jabatan Perhutanan Negeri Johor adalah selaras dengan matlamat Dasar Perhutanan Negara iaitu :
  • mengurus sumber hutan secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum;
  • meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui peningkatan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan;
  • membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar;
  • memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air, tanah serta penggunaannya secara berkekalan;
  • meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambah aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi;
  • meningkatkan kesedaran awam berhubung dengan peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat;
  • meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan; dan

  • mengukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.


Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 27/09/2021 | Jumlah Pelawat : 41329
  • Hari Ini 91
  • Semalam 99
  • Minggu Ini 794
  • Bulan Ini 2483
  • Jumlah Pelawat 54741