Maklumat Korporat

Dasar & Perundangan

  • Utama
  • Korporat
  • Dasar & Perundangan

Artikel 74(2) – Perlembagaan Persekutuan

  • Dibaca bersama Senarai II dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan memperuntukan bahawa soal tanah termasuk hutan adalah di dalam bidang kuasa tiap-tiap Kerajaan Negeri di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  • Di bawah peruntukan ini, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak di dalam membentuk atau menerima suatu undang-undang dan peraturan hutan bagi mentadbir dan menguruskan hal-hal berkaitan perhutanan.

Dasar Perhutanan Negara

  • Dasar Perhutanan Malaysia telah digubal dengan mengambil kira aspek utama ketiga-tiga polisi perhutanan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dasar ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan mana-mana dasar bertulis lain yang berhubungan dengan pengurusan hutan iaitu Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dasar Hutan Sabah dan Dasar Hutan Sarawak. Dasar ini saling melengkapi, dan tidak mengurangkan peruntukan dalam mana-mana dasar lain berkaitan dengan pengurusan hutan yang masih berkuat kuasa.

Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia

  • Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia bertujuan membantu pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, akademik, institusi penyelidikan, sektor swasta dan masyarakat dalam merealisasikan strategik yang dirangka bagi mencapai setiap objektif DPSM kepada pelan tindakan.
  • KENYATAAN DASAR - Malaysia mengiktiraf hutan sebagai khazanah warisan negara yang strategik dan komited untuk mengekalkan kawasan hutan yang mencukupi bagi kepentingan perkhidmatan ekosistem hutan, konservasi kepelbagaian biologi, perlindungan alam sekitar dan penggunaan sumber secara berkekalan ke arah pembangunan sosioekonomi negara dan kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
  • RASIONAL DASAR - Kenyataan Dasar ini adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, menyediakan hala tuju bagi pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) melalui tadbir urus yang baik dan amalan terbaik bagi memastikan sektor perhutanan terus menyumbang ke arah pencapaian pembangunan lestari negara.
  • Terdapat sembilan (9) teras utama telah digubal dan disusun bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan seperti berikut:
    • TERAS 1 Kelestarian Sumber Hutan
    • TERAS 2 Konservasi Kepelbagaian Biologi Hutan
    • TERAS 3 Kemampanan Perkhidmatan Ekosistem Hutan
    • TERAS 4 Kesejahteraan Ekonomi dan Kesinambungan Industri
    • TERAS 5 Perundangan dan Penguatkuasaan
    • TERAS 6 Keterangkuman dan Keterlibatan Pihak Berkepentingan
    • TERAS 7 Kesejahteraan Sosial dan Orang Asli
    • TERAS 8 Penyelidikan, Pembangunan, Pengkormersialan dan Inovasi
    • TERAS 9 Masyarakat Berpencerahan

Akta

  • Akta Perhutanan Negara, 1984
    • Akta ini digubal bertujuan untuk memastikan pelaksanaan dan pencapaian objektif-objektif yang telah digariskan dalam Dasar Perhutanan Negara.
    • Bagi Negeri Johor, ia dikenali sebagai Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 (Enakmen No. 12 Tahun 1985).
  • Kaedah-Kaedah Hutan 1987
    • Kaedah ini digubal sebagai panduan dan prosedur pelaksanaan Akta Perhutanan Negara (APN) di mana ia berpandukan Seksyen 111 APN 1984 (Pindaan 1993). Kaedah ini telah diwartakan pada 17 Disember 1987 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1988.
  • Enakmen Industri Berasas Kayu 1984
    • Enakmen ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 25 Mac 1986 sebagai Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 dan telah diwartakan pada 26 Mei 1986 (Enakmen No. 3 Tahun 1986).
  • Kaedah Industri Berasas Kayu 1987
    • Kaedah ini digubal sebagai panduan dan prosedur pelaksanaan Akta Industri Berasaskan Kayu 1984 dan berkuatkuasa pada 1 September 1987.

Perundangan lain yang berkaitan:

  • Akta Industri Berasas Kayu 1986 - Akta 314;
  • Akta Keterangan 1950 - Akta 56;
  • Akta Prosedur Kewangan 1957 - Akta 61;
  • Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 - Akta 105;
  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 - Akta 127;
  • Akta Orang Asli 1954 - Akta 134;
  • Akta Kilang Dan Jentera 1967 - Akta 139;
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 - Akta 171;
  • Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 - Akta 172;
  • Akta Taman Negara 1980 - Akta 226;
  • Akta Pemuliharaan Tanah 1960 - Akta 385;
  • Akta Kerja 1955 - Akta 265;
  • Akta Kesatuan Sekerja 1959 - Akta 262;
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 - Akta 4;
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 - Akta 514;
  • Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 - Akta 197;
  • Akta Syarikat 2016 - Akta 777;
  • Akta Biokeselamatan 2007 - Akta 678;
  • Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 - Akta 686;
  • Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - Akta 716;
  • Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 - Akta 782;
  • Kanun Keseksaan - Akta 574;
  • Kanun Tanah Negara 1965 - Akta 56;
  • Kanun Tatacara Jenayah 1999 - Akta 593; dan lain-lain yang berkaitan.

Senarai kesalahan hutan

Seksyen Keterangan Seksyen Denda
15 Larangan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan melainkan jika dilesen, dsb. Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.
25 Pengarah boleh memerintahkan pemegang lesen supaya memberhentikan kerja jika terdapat pelanggaran Akta atau lesen. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun, dan jika kesalahan itu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya yang tidak melebihi daripada RM 1,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada hari yang kesalahan itu berterusan.
32 Pendudukan, atau penjalanan aktiviti di atas, hutan simpanan kekal dilarang. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
40 Lesen pemindah adalah dikehendaki bagi memindahkan hasil hutan dari tanah tertentu:
  • Tanah berimilik
  • Tanah Lesen Pendudukan sementara
  • Tanah Lombong
  • Tanah Rizab
Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.
47 Tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan tertutup tetapi ada kecualian tertentu. Tidak melebihi RM 10,000.
50 Penggunaan jalan hutan tanpa permit jalan dilarang. Tidak melebihi RM 10,000
66 Tempat pengukuran hasil hutan yang dipindahkan dari kawasan lesen. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
67 Tempat pengukuran hasil hutan yang dipindahkan dari tanah beri milik dan tanah lombong. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
68 Memiliki, menjaga / mengawal apa-apa hasil hutan tanpa pas pemindah. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun.
69 Operator loji penukaran dikehendaki mempunyai pas pemindah dan rekod pengukuran. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
Tidak dapat atau enggan menyerahkan pas pemindah dan rekod ukuran untuk pemeriksaan. Tidak melebihi RM 10,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun.
81
  • 1(a) Perbuatan yang dilarang dalam hutan simpanan kekal: melepaskan ternakan/ membenarkan ternakan meragut.
Tidak melebihi RM 10,000.
  • 1(b) menebang, memotong, menggelang, menanda, memangkas atau menoreh mana-mana pokok; atau merosakkan dengan api, atau selainnya, atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu.
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
  • 1(c) menyebabkan apa-apa kerosakan semasa menebang manamana pokok atau memotong atau mengheret mana-mana kayu.
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
  • 1(d) mencari, mengambil, mendedahkan kepada apa-apa proses pengilangan atau memindahkan apa-apa hasil hutan atau mineral
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
  • 1(e) membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau apa-apa maksud lain.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
  • 1(f) menggunakan bahan beracun, atau dinamit atau bahan letupan lain di dalam sungai atau tasik bagi maksud menangkap ikan; atau memburu, menembak, menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penJara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
  • 1(g) menceroboh dengan apa jua cara yang sebelum ini tidak dilarang dalam seksyen ini.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
82 Larangan ke atas pembakaran. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
83 Pembuangan sampah-sarap secara mengganggu Tidak melebihi RM 10,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun.
84 Memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
85 Pas pemindah dikehendaki bagi pemindahan hasil hutan di antara Negeri. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
86 Penalti kerana melancung, atau mencacat, atau memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan. Tidak lebih RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. Tidak boleh di kompaun.
87 Penalti am - melanggar mana-mana kaedah hutan di bawah akta ini. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
92(3) Kuasa untuk memberhenti dan menggeledah pengangkut.
Enggan memberi kerjasama rujuk Seksyen 92 (2)
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
93(2) Kewajipan pegawai yang menyita.
Mengusik, memindah, merosak atau memusnahkan barang-barang yang disita.
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
96(2) Pegawai hutan boleh memasuki dan memeriksa loji penukaran, dsb.
Menghalang pegawai hutan untuk memasuki atau memeriksa loji penukaran atau premis.
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
97(2) Pengarah boleh melarang pengambilan hasil hutan atas sebab tertentu.
Tidak mematuhi Seksyen 97 (1) larangan dan sekatan pengambilan hasil hutan atas sebab silvikultur dan lain-lain.
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
98(2) Pengarah boleh menutup saluran air atau jalan hutan.
Tidak mematuhi Seksyen 98 (1)larangan menggunakan saluran air dan jalan hutan dalam HSK.
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
100 Memberi maklumat kepada pegawai hutan. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak lebih 5 tahun.
107 Penyalahgunaan kuasa. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 24/05/2022 | Jumlah Pelawat : 39662
  • Hari Ini 84
  • Semalam 129
  • Minggu Ini 803
  • Bulan Ini 520
  • Jumlah Pelawat 120420