Sumber Hutan

Jenis-Jenis Hutan

  • Utama
  • Perhutanan
  • SUMBER HUTAN
  • - Jenis-Jenis Hutan

Hutan Ericaceous - Gunung

Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah seperti Kelat, Periuk kera dan berbagai jenis belukar, buluh, resam, paku pakis dan lumut.

Hutan Montane - Oak

Hutan ini terletak di ketinggian 1,200 - 1,500 meter a.p.l. yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Mempening, Berangan, Damar minyak dan Podo.

Hutan Dipterokarp Atas

Hutan ini terletak di ketinggian 750 - 1,200 meter a.p.l. yang mengandungi terutamanya spesies Meranti bukit Dan Damar minyak.

Hutan Dipterokarp Bukit

Hutan ini terletak di ketinggian antara 300 - 750 meter a.p.l. yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia. Spesies utama ialah Seraya, Keruing dan Meranti.

Hutan Dipterokarp Pamah

Hutan ini terletak di ketinggian 300 meter a.p.l. yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.

Hutan Paya Gambut

Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin. Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah Meranti.

Hutan Paya Laut

Hutan ini terletak di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama ialah Bakau.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 20/09/2021 | Jumlah Pelawat : 40072
  • Today 6
  • Yesterday 47
  • Week 502
  • Month 1537
  • All 51814