Operasi Hutan

Dasar & Perundangan

  • Utama
  • Perhutanan
  • OPERASI HUTAN
  • - Dasar & Perundangan

Dasar Perhutanan Negara

Satu dasar yang lebih komprehensif telah digubal dan dikemukakan kepada Majlis Perhutanan Negara (MPN). Dasar tersebut telah diteliti dan diterima oleh MPN sebagai Dasar Perhutanan Negara (DPN) pada 29 Ogos 1977. Dasar ini telah dikemukakan kepada Majlis Tanah Negara yang telah mengesah dan diluluskannya pada 10 April 1978.

Dasar Perhutanan Negara 1978 telah dikaji semula dan dipinda dalam tahun 1992. Pindaan ini bertujuan untuk mencapai objektif memelihara dan menguruskan hutan melalui aamalan pengurusan hutan secara ampan serta pengekalan peranan pentingnya dalam ekonomi negara di samping kestabilan alam sekitar. Pindaan ini memberi ruang untuk mengambil kira dua (2) aspek penting iaitu klasifikasi Hutan Simpanan Kekal (HSK) mengikut fungsi dan penambahan bidang pelaksanaan.

Pindaan Dasar Perhutanan Negara pada tahun 1992

Pengelasan HSK mengikut fungsi

HSK dibahagikan kepada empat (4) fungsi utama iaitu:

  1. Hutan Perlindungan
  2. Hutan Berhasil
  3. Hutan Lipur
  4. Hutan Pendidikan dan Penyelidikan

Penambahan bidang pelaksanaan

Lapan (8) bidang telah ditambah iaitu:

  1. Perundangan hutan
  2. Ladang hutan
  3. Pemeliharaan kepelbagaian hayat
  4. Perhutanan masyarakat, rekreasi dan pelancongan
  5. Nilai khusus saintifik
  6. Hutan tani
  7. Keluaran bukan kayu
  8. Kerjasama antarabangsa

Penerimaan pindaan dasar tersebut merupakan satu kejayaan dalam memperkukuh asas perlembagaan dan mengeratkan kerjasama serta persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam sektor perhutanan.

Dalam melaksanakan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992), beberapa Dasar-dasar Kerajaan lain yang mempunyai kaitan perhutanan juga dirujuk. Antara Dasar-dasar tersebut ialah:

  • Dasar Pertanian Negara;
  • Dasar Alam Sekitar Negara;
  • Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan;
  • Pelan Induk Perindustrian;
  • Pelan Eko-pelancongan Kebangsaan.

Undang-Undang

Undang-undang yang menjadi rujukan utama bidang perhutanan ialah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) [Akta 313] dan Enakmen Industri Berasas Kayu 1986.
Seksyen Keterangan Seksyen Denda
15 Larangan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan melainkan jika dilesen, dsb. Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.
25 Pengarah boleh memerintahkan pemegang lesen supaya memberhentikan kerja jika terdapat pelanggaran Akta atau lesen. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun, dan jika kesalahan itu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya yang tidak melebihi daripada RM 1,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada hari yang kesalahan itu berterusan.
32 Pendudukan, atau penjalanan aktiviti di atas, hutan simpanan kekal dilarang. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
40 Lesen pemindah adalah dikehendaki bagi memindahkan hasil hutan dari tanah tertentu:
  • Tanah berimilik
  • Tanah Lesen Pendudukan sementara
  • Tanah Lombong
  • Tanah Rizab
Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.
47 Tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan tertutup tetapi ada kecualian tertentu. Tidak melebihi RM 10,000.
50 Penggunaan jalan hutan tanpa permit jalan dilarang. Tidak melebihi RM 10,000
66 Tempat pengukuran hasil hutan yang dipindahkan dari kawasan lesen. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
67 Tempat pengukuran hasil hutan yang dipindahkan dari tanah beri milik dan tanah lombong. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
68 Memiliki, menjaga / mengawal apa-apa hasil hutan tanpa pas pemindah. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun.
69 Operator loji penukaran dikehendaki mempunyai pas pemindah dan rekod pengukuran. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
Tidak dapat atau enggan menyerahkan pas pemindah dan rekod ukuran untuk pemeriksaan. Tidak melebihi RM 10,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun.
81
  • 1(a) Perbuatan yang dilarang dalam hutan simpanan kekal: melepaskan ternakan/ membenarkan ternakan meragut.
Tidak melebihi RM 10,000.
  • 1(b) menebang, memotong, menggelang, menanda, memangkas atau menoreh mana-mana pokok; atau merosakkan dengan api, atau selainnya, atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu.
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
  • 1(c) menyebabkan apa-apa kerosakan semasa menebang manamana pokok atau memotong atau mengheret mana-mana kayu.
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
  • 1(d) mencari, mengambil, mendedahkan kepada apa-apa proses pengilangan atau memindahkan apa-apa hasil hutan atau mineral
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
  • 1(e) membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau apa-apa maksud lain.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
  • 1(f) menggunakan bahan beracun, atau dinamit atau bahan letupan lain di dalam sungai atau tasik bagi maksud menangkap ikan; atau memburu, menembak, menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penJara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
  • 1(g) menceroboh dengan apa jua cara yang sebelum ini tidak dilarang dalam seksyen ini.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
82 Larangan ke atas pembakaran. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
83 Pembuangan sampah-sarap secara mengganggu Tidak melebihi RM 10,000 atau/dan penjara tidak melebihi 3 tahun.
84 Memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
85 Pas pemindah dikehendaki bagi pemindahan hasil hutan di antara Negeri. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
86 Penalti kerana melancung, atau mencacat, atau memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan. Tidak lebih RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. Tidak boleh di kompaun.
87 Penalti am - melanggar mana-mana kaedah hutan di bawah akta ini. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
92(3) Kuasa untuk memberhenti dan menggeledah pengangkut.
Enggan memberi kerjasama rujuk Seksyen 92 (2)
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
93(2) Kewajipan pegawai yang menyita.
Mengusik, memindah, merosak atau memusnahkan barang-barang yang disita.
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
96(2) Pegawai hutan boleh memasuki dan memeriksa loji penukaran, dsb.
Menghalang pegawai hutan untuk memasuki atau memeriksa loji penukaran atau premis.
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
97(2) Pengarah boleh melarang pengambilan hasil hutan atas sebab tertentu.
Tidak mematuhi Seksyen 97 (1) larangan dan sekatan pengambilan hasil hutan atas sebab silvikultur dan lain-lain.
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
98(2) Pengarah boleh menutup saluran air atau jalan hutan.
Tidak mematuhi Seksyen 98 (1)larangan menggunakan saluran air dan jalan hutan dalam HSK.
Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
100 Memberi maklumat kepada pegawai hutan. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak lebih 5 tahun.
107 Penyalahgunaan kuasa. Tidak melebihi RM 50,000 atau/dan penjara tidak melebihi 5 tahun.

Kesalahan Di Bawah Akta Perhutanan Negara (APN) 1984

Selain daripada Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) - Akta 313,terdapat undang-undang lain yang penting dan berkaitan dengan sektor perhutanan seperti:

  • Akta Industri Berasas Kayu 1986 - Akta 314;
  • Akta Keterangan 1950 - Akta 56;
  • Akta Prosedur Kewangan 1957 - Akta 61;
  • Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 - Akta 105;
  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 - Akta 127;
  • Akta Orang Asli 1954 - Akta 134;
  • Akta Kilang Dan Jentera 1967 - Akta 139;
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 - Akta 171;
  • Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 - Akta 172;
  • Akta Taman Negara 1980 - Akta 226;
  • Akta Pemuliharaan Tanah 1960 - Akta 385;
  • Akta Kerja 1955 - Akta 265;
  • Akta Kesatuan Sekerja 1959 - Akta 262;
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 - Akta 4;
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 - Akta 514;
  • Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 - Akta 197;
  • Akta Syarikat 2016 - Akta 777;
  • Akta Biokeselamatan 2007 - Akta 678;
  • Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 - Akta 686;
  • Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - Akta 716;
  • Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 - Akta 782;
  • Kanun Keseksaan - Akta 574;
  • Kanun Tanah Negara 1965 - Akta 56;
  • Kanun Tatacara Jenayah 1999 - Akta 593; dan lain-lain yang berkaitan.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 20/09/2021 | Jumlah Pelawat : 40072
  • Today 6
  • Yesterday 47
  • Week 502
  • Month 1537
  • All 51814