Maklumat Korporat

Perutusan Pengarah

  • Utama
  • Korporat
  • Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Datang dan terima kasih kerana melayari laman sesawang Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatNya, pada tahun 2021 laman sesawang Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah dikemaskini dan berwajah baru.

Sebagai sebuah agensi yang diamanahkan dalam pentadbiran dan pengurusan sumber hutan dan sektor perhutanan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Johor akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Kerajaan dan masyarakat. Selaras dengan perkembangan semasa, kawasan hutan tidak lagi diuruskan bagi maksud pengeluaran sumber, sebaliknya lebih kepada pengurusan perkhidmatan hutan yang penting untuk kehidupan manusia, flora dan fauna serta alam sekelilling amnya. Untuk itu, Jabatan Perhutanan Negeri Johor sentiasa berusaha bagi memastikan sumber hutan negeri, khususnya yang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal diurus, dipelihara dan dibangunkan secara berkekalan dengan mematuhi acuan perundangan, peraturan dan hala tuju yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Saya berharap, melalui laman sesawang ini, orang ramai bukan sahaja dapat mengetahui mengenai Jabatan dan program serta aktiviti yang dilaksanakan, tetapi juga dapat berkongsi maklumat mengenai aspek-aspek pengurusan kepelbagaian sumber asli negara, di samping dapat membantu di dalam usaha-usaha konservasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Johor di atas sumbangan dan komitmen berterusan dalam usaha menuju kecemerlangan perkhidmatan. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk orang perseorangan atas segala bantuan, kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Selamat melayari laman sesawang ini. Terima kasih.

YBhg. Dato' Haji Salim Bin Aman

Pengarah Perhutanan Negeri Johor

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 20/09/2021 | Jumlah Pelawat : 40072
  • Today 6
  • Yesterday 47
  • Week 502
  • Month 1537
  • All 51814