MC & I (Persijilan)

HUTAN BERNILAI PEMELIHARAAN TINGGI (HCVF)

HUTAN BERNILAI PEMELIHARAAN TINGGI (HIGH CONSERVATION VALUE FOREST)


HCVF ditakrfikan sebagai suatu kawasan hutan yang mempunyai nilai ekonomi, nilai persekitaran dan sosial, serta kawasan hutan yang dianggap luar biasa atau sangat tinggi nilai tahap kepentingan nilainya dan dikategorikan sebagai kawasan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Kriteria kawasan HCVF

   - mempunyai nilai kepelbagaian biologi yang tinggi    

   - kawasan yang mempunyai ekosistem yang jarang ditemui, terancam atau berada dalam keadaan bahaya. 

   - Kawasan –kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan asas alam semulajadi dalam situasi yang kritikal seperti kawalan hakisan dan penghalang kebakaran. 

   - kawasan hutan yang membekalkan keperluan asas masyarakat tempatan dan/atau secara kritikal kepada identiti budaya masyarakat tempatan termasuklah kawasan takungan air untuk bekalan masyarakat dan kawasan hutan yang penting kepada budaya, ekologi dan aktiviti keagamaan.

Kawasan HCVF Negeri Johor

KAWASAN HCVF DI NEGERI JOHOR

Hutan Simpan

Kompartmen

Daerah

Spesies

Tahun Penubuhan

Keluasan (ha)

Catatan

Hutan Simpan Gunung Arong

14

Mersing

Resak batu
(
Cotylelobium melanoxylon)

2008

3.4

Pemantauan 2 kali setahun.

Hutan Simpan Panti

47

Kota Tinggi

Merawan
(Hopea auriculata)

2018

2

Pemantauan 2 kali setahun.

Hutan Simpan Panti

6A & 6B

Kota Tinggi

Kapur Bukit
(
Dryobalanops beccarii)

2015

216.2

Pemantauan 2 kali setahun.

Cadangan Kawasan HCVF Negeri Johor

CADANGAN HCVF DI NEGERI JOHOR

Hutan Simpan

Kompartmen

Daerah

Spesies

Tahun Penubuhan

Keluasan (ha)

Catatan

Hutan Simpan Labis

17 & 18

Segamat

Keruing asam
(Dipterocarpus
tempehes)

 

375.51

Pemantauan 2 kali setahun.

Hutan Simpan Panti

45

Kota Tinggi

Chengal
(
Neobalanocarpus heimeii)

   

Hutan Simpan Labis

680 & 781

Segamat

Durian
(
Durio johoricus)

   

Hutan Simpan Ulu Sedili

148

Kota Tinggi

Damar Hitam Telepuk
(Shorea peltata)

   

Hutan Simpan Kluang

131

Kluang

Damar Hitam Kelim
(Shorea blumutensis)

 

1.32


Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 18/06/2023 | Jumlah Pelawat : 39788
  • Today 9
  • Yesterday 189
  • Week 9
  • Month 198
  • All 160080