MC & I (Persijilan)

Sijil MC&I

PENGAUDITAN PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN (HUTAN ASLI)

  • Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah memperolehi Sijil Pengurusan Hutan (Hutan Asli) pada tahun 2013 dan sijil tersebut telah ditarik pada tahun 2016.
  • Bermula tahun 2019, JPNJ telah melaksanakan pengauditan Stage 1 dan pada bulan Februari 2020, Pengauditan Stage 2, Sijil Pengurusan Hutan (Hutan Asli) telah dilaksanakan bagi mendapatkan kembali Sijil MC&I.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah berjaya memperoleh kembali Sijil Pengurusan Hutan (Hutan Asli) pada 3 Julai 2020 dan berkuatkuasa sehingga 2 Julai 2025.
  • Seterusnya, standard MC&I telah disemak semula dan digantikan dengan Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I) untuk Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) atau singkatannya MC&I SFM.
  • MC&I SFM adalah standard kebangsaan pensijilan pengurusan hutan yang menetapkan keperluan-keperluan untuk pensijilan sistem pengurusan hutan secara berkekalan bagi unit pengurusan hutan (FMU) yang ditentukan, sama ada hutan asli atau ladang hutan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Johor juga telah berjaya menggantikan sijil MC&I (Hutan Asli) kepada sijil MC&I (SFM) melalui pengauditan yang telah dijalankan.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 24/05/2022 | Jumlah Pelawat : 39661
  • Hari Ini 83
  • Semalam 129
  • Minggu Ini 802
  • Bulan Ini 519
  • Jumlah Pelawat 120419