Central Forest Spine (CFS) &
Improving Connectivity In The Central Forest Spine (CFS) Landscape [IC-CFS]

  • Utama
  • Perhutanan
  • PEMBANGUNAN
  • - Central Forest Spine (CFS)

1. Latar Belakang Projek

Rancangan Fizikal Negara (RFN) menetapkan satu dasar melalui Dasar RFN23 yang menyatakan keperluan mewujudkan kawasan Central Forest Spine (CFS) bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) iaitu menggabungkan kawasan yang terlibat berkaitan fragmentasi hutan untuk pemeliharaan dan perlindungan kepelbagaian biodiversiti yang terdapat dalam kawasan hutan. 

Di antara kepentingannya adalah sebagai sumber perubatan, eko-pelancongan, tempat rekreasi dan pendidikan, sumber alternatif penduduk peribumi, fungsi ekologi dan sebagainya. Keperluan kawasan CFS ini juga adalah bagi mengurangkan konflik antara manusia dan hidupan liar yang disebabkan fragmentasi hutan dan laluan semulajadi hidupan liar dari satu kawasan hutan ke hutan yang lain telah terhalang dengan projek pembangunan.

Penubuhan kawasan CFS hanya dapat dijayakan dengan menyambung semula empat kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia dengan mewujudkan koridor ekologi yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi 2010 yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) pada tahun 2010. 

Pelan induk ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 1 April 2011. Pelan induk ini telah mengenalpasti 37 koridor ekologi yang terdiri daripada 17 koridor utama (Primary Linkages- PL) dan 20 koridor sekunder (Secondary Linkages- SL).

2. Pelan Induk CFS

  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berperanan sebagai peneraju.
  • Melibatkan 8 negeri:- Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, JOHOR, Selangor and Negeri Sembilan.

3. IMPROVING CONNECTIVITY IN THE CENTRAL FOREST SPINE (CFS) LANDSCAPE [IC-CFS] adalah untuk menyambungkan empat (4) kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia.

4 KOMPLEKS HUTAN UTAMA 

  • MAIN RANGE-BINTANG-NAKAWAN FOREST COMPLEX
  • GREATER TAMAN NEGARA FOREST COMPLEX
  • SOUTH EAST PAHANG-CHINI-BERA FOREST COMPLEX
  • ENDAU ROMPIN-ULU SEDILI FOREST COMPLEX  

4. Koridor Ekologi CFS Di Negeri Johor

Terdapat empat (4) koridor ekologi CFS di Negeri Johor sepertimana berikut:

  • CFS2: PL 1 / J-PL 1: HS Labis Timur – HS Mersing – HS Lenggor Tengah
  • CFS2: PL 3 / J-PL 2: HS Ulu Sedili – HS Panti
  • CFS2: SL 4 / J-SL 1: HS Mersing – HS Jemaluang
  • CFS2: SL 5 / J-SL2: HS Panti – HS Kuala Sedili 

5. Keluasan Kawasan CFS Di Negeri Johor


Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 27/09/2021 | Jumlah Pelawat : 41325
  • Hari Ini 87
  • Semalam 99
  • Minggu Ini 790
  • Bulan Ini 2479
  • Jumlah Pelawat 54737