Maklumat Korporat

Strategi Jabatan

  • Utama
  • Korporat
  • Strategi Jabatan

Strategi Pengurusan Sumber Hutan

Memperkukuhkan kedudukan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan merumuskan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri dan Rancangan Kerja Hutan Daerah untuk jangka masa panjang serta melaksanakan tugas pengurusan sumber hutan secara teratur dan intensif.

Strategi Pengusahasilan Sumber Hutan

Melaksanakan operasi pengusahasilan hutan mengikut Sistem Pengurusan Memilih (SMS) secara sistematik dan terkawal demi untuk mengurangkan kerosakan terhadap dirian tinggal serta anak-anak benih dan mengawal keseimbangan ekologi serta kestabilan alam sekitar dengan melaksanakan pengusahasilan hutan mengikut Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang telah ditetapkan.

Strategi Pembangunan Sumber Hutan

Melaksanakan kerja-kerja pemulihan hutan asli secara teratur menerusi rawatan silvikultur ke arah mencapai produktiviti hutan yang maksimum dengan mempergiatkan usaha-usaha penghutanan semula.

Strategi Pembangunan Industri Kayu Kayan

Mengawal selia perjalanan industri-industri berasaskan kayu ke arah mempertingkatkan mutu pengeluaran dan menggalakkan pertumbuhan industri berasaskan kayu secara hiliran disamping keluaran utama bagi meningkatkan nilai tambahan kepada industri dan hasil negeri serta memberi nasihat teknikal dari masa ke semasa berdasarkan pembangunan teknologi moden dan canggih.

Strategi Pemulihan Dan Rekreasi

Mengawal selia kawasan hutan secara intensif bagi menjamin kestabilan alam sekitar dan mengekalkan kepelbagaian hayat di dalam hutan simpanan kekal serta mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan rekreasi tanpa menjejaskan keasliannya.

Strategi Pembangunan Dan Latihan

Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan kepada semua lapisan masyarakat tentang peranan dan perkhidmatan Jabatan Perhutanan. Memberi segala bentuk nasihat teknikal berhubung dengan hutan dan fungsinya serta berkenaan dengan pokok dan peranannya. Meningkatkan kecekapan kakitangan menerusi program latihan, kursus dan seminar untuk memberi pendedahan asas profesionalisme perhutanan di kalangan pegawai-pegawai hutan selari dengan peredaran masa.

Strategi Penguatkuasaan Undang-Undang

Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan hutan secara berkesan dan intensif berdasarkan Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985, Enakmen Industri Berasas Kayu 1986, Kaedah-kaedah Hutan 1987 dan Kaedah-kaedah Industri Berasas Kayu 1987 serta melengkapkan pasukan atau unit penguatkuasaan dengan alat-alat kemudahan dan kemahiran di dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ). Kemaskini : 27/09/2021 | Jumlah Pelawat : 41322
  • Hari Ini 84
  • Semalam 99
  • Minggu Ini 787
  • Bulan Ini 2476
  • Jumlah Pelawat 54734